Sunday, August 29, 2010
Saturday, August 28, 2010
To be honest, cakes are not my most favorite type of dessert. I prefer something that is err... not cake - like puddings, custards, parfaits, mousse, trifles, tarts and the like. Cheesecake is a different story tho (I mean, who doesn't like cheesecakes right?!).
My addiction to red velvet cake started on one of our date nights where my husband took me to Upstairs Cafe in Subang for dinner (it's a nice place to hang out). Mind you, I had only tasted red velvet cake once and it was eons ago. I had totally forgotten how it tasted like so I decided to have it for dessert that night. And the rest is history....
So far I managed to try red velvet cakes and cupcakes at a few different places and I thought of doing a little bit of reviews here. I even labeled the cakes according to what I think of them! ;D
The Sweetest Red Velvet Cake @ California Pizza Kitchen (RM22)
I had high expectation for this one. Firstly because the cake is frosted with vanilla bean cream cheese and white chocolate curls which made it sound (and look) so scrumptious. And secondly because it's the most expensive among all that I've tried. But it was a tad disappointment. To me, at least. The cake is really moist and buttery soft but oh me oh my, I don't know if it's the cake or the combination of cream cheese and white chocolate, or maybe the cake and the frosting altogether, but they're just way too sweet for my liking. I love the food at CPK (especially their pizzas), but not this particular dessert. This is my least favorite red velvet cake of all that I've tried so far.
The Mediocre Red Velvet Cake @ Whisk (RM11.90)
Ahh... Whisk's Red Velvet Cake. A lot of people had been raving about this cake. I hate to say this because I like Whisk but I really don't like the cream cheese of this red velvet cake. I don't even know if the white icing thingy is really cream cheese because it didn't have that creamy cheesy taste to it. It tasted like a cross between hmm... buttercream and fondant icing maybe? Yes, it is so sweeet! And the icing is not as smooth as I was hoping for - there were like tiny traces of sugar that you can nibble on. I don't like that type of icing. Good thing it's only a thin layer on top. But the cake is quite nice tho - not too moist, not too dense and it's not overly red too. This cake is just so-so to me (I've yet to try the cupcake version).
The Prettiest Red Velvet Cupcake @ Delicious -RM6.90
This is hands down the prettiest looking red velvet cake! I love how it looks like a pretty blooming flower when the cupcake wrapper is opened like this:
And not only it's pretty to look at, it's also THE YUMMIEST! The cake is oh-so-velvety and it's not really that sweet. In fact this is the least sweet red velvet cake I've tried. It's just so yummy. And my God, the cream cheese... It's a thickly layered cream cheese with raspberry swirl and it's so smooth and creamy and fluffy, just the way I like it! Rasa macam gebu comel, if you know what I mean ;p. The size is just nice too. It's my favorite!
The Simplest Red Velvet Cupcake/cake @ Upstairs Cafe - RM4.50
I labeled it as "simple" because it really tastes simple - which is a good thing. The cake is nice; the sweetness is just right altho it is dangerously red in color!
Okay, maybe it's too red. But it's nice, really. I won't be craving for it otherwise. The cream cheese is nice too, all thick and creamy. And I love that it has chopped walnuts sprinkled on top. Yum! This is also my favorite. It is slightly sweeter than the one at Delicious, but with the right amount of sweetness a cake should be.
There's also a cake version of this (RM7), but I prefer the cupcake more because it's creamier.
Do let me know where else can I find red velvet cakes/cupcakes; I wanna give them all a try!
I wonder if it's okay to eat red velvet cake during confinement tho....
Labels: Food and Recipes
Wednesday, August 25, 2010
A day later I was discharged from the hospital. Ayra was still at my in-law's house so hubby went to fetch her while I stayed at home with the baby.
They arrived minutes later. I was nursing the baby at the time. Hubby carried Ayra into the room and placed her slowly on the bed beside me. She saw me holding "something" and came closer to have a look. She was curious.
"This is your sister", I said to her.
"Adik".
Hubby and I waited for her further reaction. Then all of a sudden she smiled and pointed at the baby's eye and said, "Eye!". Uh-huh. We smiled and said, "Pandai!".
And then she pointed at the baby's ear, nose and mouth, lepas tu dia ramas-ramas kepala baby.
"Kiss adik", I said. And she kissed her baby sis on the head.
Aww...
That went pretty well. She didn't show any signs of jealousy - at least not yet. Every time when I hold the baby, she would come close wanting to point at her baby sis' facial parts and then kiss her head.
She's gonna be an awesome big sister! (just like me. hahaha).
Labels: Mommyhood and Baby
Monday, August 23, 2010
It was an easy delivery, Alhamdulillah. I was already 6cm dilated when I arrived at the hospital, and after like 5 strong contractions, out she came!
I'll update more later. Right now I'm still in the hospital, waiting to be discharged (hopefully today). Can't wait to go back home!
- Posted using BlogPress from my iPhone
Labels: Mommyhood and Baby
Friday, August 20, 2010
"Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya. Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-
1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.
Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.
Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.
Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.
Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca’ dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin’ dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.
Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.
2) Terlebih gambar
Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat,sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.
Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran’ nafsu.
Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.
Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina’. Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook.
3) Penyamaran
Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend’ seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.
Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.
4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.
Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah’ difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa’ yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.
Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan …’DOSA’. Simpan sahajalah gambar-gambar ‘kiut’ (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.
Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke’kiut’an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.
5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.
Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.
Ini adalah kerana, terdapat ‘trend’ menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di’tag’, akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.
Ini boleh menjadi dosa, kerana :-
a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.
b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid’, tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di’tanda’ boleh dengan segera delete ‘tag’ itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged’ nama mereka. Malah kalau mereka bolehuntagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.
c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang’ yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.
6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan
Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make upcukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.
Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem’, ‘zaman solehah’, ‘waktu innocent‘, zaman-zaman suci’, ‘itu zaman kuno dulu’, ‘itu masa duduk bawah tempurung’ dan lain-lain frasa yang sepertinya.
Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.
KESIMPULAN
Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.
Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama ‘ukhuwah’ untuk berbuat dosa.
Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin."
Wallahu A'lam.
Labels: Blogging, Random Stuff
Thursday, August 19, 2010
Only a week. Exactly.
And 2kg in a week is quite an achievement, no?
Of course I'm not on diet. You should see the amount of food I ate masa berbuka. And not to mention, my current addiction to Green Tea Frappucino which I now have every other night, thanks to my brother. But I do notice tho, ever since staying with my parents and being fed with gooood food, I've been having two bowel movements right after taking Herbalife shake for sahur. Like it's eliminating those unwanted toxins or whatever. Maybe that made me lighter.
p/s: I wish I could say that's my belly in the picture. But it's not.
Labels: Pregnancy
Monday, August 16, 2010
It was about a week before Ramadhan. I was trying to decide what to have for dinner when my mom suddenly called asking if we were free that night to join them for dinner at a Japanese restaurant at Marriott. Japanese for dinner - now why didn't I think of that? Maka seperti orang mengantuk disorongkan bantal, I said yes immediately without asking my husband first! (I knew he was free that night ;p).
Saya malas nak berkata-kata panjang. Lihat gambar-gambar saja lah yer.
But perhaps just one slice of raw salmon won't do any harm, no?
She refused to eat it tho. She only wants pasta pasta pasta!
But otherwise it was nice.
Labels: Food and Recipes