
Mari lihat bagaimana cara saya turun dari katil.

Mula-mula check dulu jarak lantai dengan katil.

Jika selamat dan yakin boleh turun, mulakan dengan posisi tepi.

Kemudian pusingkan badan sehingga punggung berada di hujung katil.

Apabila punggung sudah berada betul-betul di hujung katil,
turunkan sebelah kaki dengan perlahan-lahan.

Diikuti dengan kaki yang sebelah lagi.

Ketika badan sudah berada separuh dari katil, tundukkan kepala dan bahu anda
sedikit untuk melawan tarikan graviti agar anda tidak terus jatuh bedebuk.

Jika perlu, paut pada comforter.

Kaki anda akan sampai ke destinasi dengan sekelip mata.
Mudah, bukan? Untuk beginners, sila pastikan anda diawasi oleh orang dewasa ketika turun dari katil yer kawan-kawan. Lakukan aktiviti ini sekurang-kurangnya 28 kali sehari, Insyaallah anda akan menjadi pro dan tak perlu orang mengawas anda lagi.
Sekian.
Labels: Mommyhood and Baby