Wednesday, October 15, 2008

Pertandingan Kem Kotex 2008

(This is a 48-hour sticky post, scroll down for updates!)



Selalunya, perempuan mesti mengeluh setiap kali datang period. Simptom macam senggugut, sakit tulang belakang, pening kepala, bloated, gangguan emosi dan naik jerawat bukan saja merimaskan, tapi boleh menjejaskan aktiviti harian jugak.


Tapiiii nak buat macam mana, period tu kan fitrah semulajadi seorang perempuan. Ia tak sepatutnya menghalang kita dari menikmati kehidupan harian, terutamanya kalau pakai pad yang betul. Ia boleh dianggap sebagai 'sahabat karib' kita, melindungi di kala kita perlukannya.


Dari dulu lagi, saya hanya pakai Kotex dan tak pernah guna brand lain. Kalau guna pon sebab saya kehabisan stok dan terpaksa mintak kawan punya yang bukan brand Kotex. Tapi tak selesa macam pad Kotex. Kelebihan yang ada pada Kotex yang saya suka, bukan saja sebab dia datang dalam pelbagai jenis dan saiz, tapi sebab pek bungkusannya yang sangat comel kalau dibandingkan dengan brand pad yang lain.




Bukan tu jer, Kotex satu-satunya brand pad yang banyak anjurkan contest atau pertandingan dengan hadiah-hadiah yang menarik. Antaranya ialah "Shopping spree in Paris" dan pertandingan "Kotex Sisterhood Moments", yang hadiah utamanya merupakan wang tunai berjumlah RM20,000!



Sekarang ni Kotex ada anjurkan pertandingan "Makeover Diri Anda". Kalau korang menang, korang dapat join Kem Kotex 2008 kat Club Med Cherating Beach, dari 17 hingga 19 Disember 2008. Makan, minum dan tempat tinggal semua free! Paling penting, tempat dia best dan cantik.




Kat kem tu nanti korang bole kenali diri korang dengan lebih dalam, macam mana nak capai impian, motivasi diri, macam-macam lagi la. And then bole jumpa celebrities jugak - pelakon-pelakon dari Kisah Kaisara, kumpulan Ahli Fiqir dan jugak abang Angkasawan Negara yang handsome!




Kalau korang (atau sesiapa yang korang tahu) berminat, korang hanya perlu tulis esei pendek dalam satu perenggan jer tentang 'Satu perkara tentang anda yang ingin diperbaiki untuk mengecapi impian anda', tak lebih dari 150 patah perkataan. Itu jer, tak susah pon!


Pastu hantarkan esei korang, berserta borang penyertaan yang lengkap dan 2 polibeg luar pad Kotex sama ada Kotex Soft & Smooth yang warna biru, Kotex Dri-Comfort yang warna ungu atau Kotex Style warna ungu muda, kepada:


‘Kem Kotex 2008’,
PO Box 8615,
Pejabat Pos Kelana Jaya,
46793 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.



Korang boleh hantar banyak mana borang penyertaan yang korang nak, dengan syarat setiap penyertaan mesti disertakan dengan esei dan 2 polibeg Kotex seperti yang telah dinyatakan. Borang penyertaan boleh difotostat atau download di:
http://www.kotex.com.my/kem2008/printPage2.asp.


Pertandingan ini hanya dibuka kepada perempuan yang berumur 13 hingga 21 tahun. Tertakluk pada terma dan syarat. For more info, korang boleh layari laman webnya di: http://www.kotex.com.my/kem2008/index.htm.


Tarikh tutup penyertaan ni ialah pada 31 Oktober 2008. Jom ramai-ramai join contest ni and enjoy di Club Med Cherating!

Labels: , ,

She slipped off her pink stilettos at 1:00 PM |





l@dyIZ704