Friday, October 27, 2006

Dear kawan-kawan,


Apa khabar kalian semua? Bagaimana dgn sambutan hari raya? Banyak mkn tak? Saya sudah semestinya la byk makan. Walaupun begitu, saya tidak pernah melupakan Herbalife shake di pagi raya utk menjamin kemantapan body ai. hee hee.


Pada hari raya pertama, kami sekeluarga pergi beraya di rumah makcik2 sedara sebelah mak saya. Dan semasa di rumah Mak Lang saya, iaitu rumah yg ketiga pergi beraya, saya ternampak alat penimbang di bawah tangga berdekatan dgn meja makan lalu saya pon menaiki penimbang itu kerana sudah berkurun lamanya saya tidak menimbang berat badan saya semenjak 2 minggu terakhir puasa yg lalu. Alangkah terkejut nya saya melihat berat badan saya! Saya bertanya pada Mak Lang saya, penimbang ini rosak kah? Dia kata tak. Lalu saya naik dan turun lagi alat penimbang itu untuk mengesahkan bahawa saya tidak rabun atau tuli. Dan memang sah penglihatan saya masih di tahap normal walaupun saya mempunyai rabun jarak dekat sebanyak 100, kerana jarum penimbang itu masih di bacaan yg sama seperti sebelumnya.


Ai kenot bilif I'm 49 kg! Woot woot! Amat menakjubkan, kerana saya mmg la tak control makan pon. Mana2 rumah yg ada hidangkan chocolate chip cookies, mmg la saya rembat banyak2. Cuma saya tidak menyentuh lemang langsung kerana peristiwa ia dimasak dgn santan itu amatlah menyeramkan organ2 badanku. Saya gantikan dgn ketupat dan lontong dan nasi impit. Ai laik!


Walaupun berat saya kini sudah kurang dari 50kg, saya masih tidak merasakan bahawa saya sudah betul2 kurus, oleh yg demikian, berat badan idaman saya kini telah bertukar daripada 48kg kepada 45kg. Teman lelaki saya merasakan saya sudah obses hendak kurus, tapi saya rasa dia jer yg berperasaan begitu. Masakan tidak, dia kan lelaki. Mana nak paham kalau pompuan kata tak kurus lagi, betul tak? Jadi tidak perlu risau yer wahai teman lelaki ku, badan papan lapis-berjalan seperti Nicole Richie mahupun Paris Hilton bukan lah idaman kalbu ku. Kalbu ku nak badan seperti Alyssa Milano. Arrrr...


Kawan2 seangkatan Herbalife dgn saya juga sudah nampak perubahan yg positif. Aina, Eleena, Jun, Hunny, dan lain2. Hidup Herbalife! :D


Sekian sahaja coretan saya pada kali ini. Plis ekskius mai bahasa yer kengkawan. Terlebih mkn kuih raya la ni kot..


Selamat hari raya!


Yang ikhlas nak duit raya,
Gadis berkasut tumit tinggi kaler pink

Labels:

She slipped off her pink stilettos at 2:24 PM |





l@dyIZ704